Pelancongan Daerah Baling

Nikmati keindahan Alam Semulajadi dengan tempat-tempat menarik di Daerah Baling

"Semoga Anda Bahagia Berada Disini"

Pendakian Gunung Baling

Nikmati Permandangan Memukau Saat Naiknya Matahari dan Keunikan Awan Selimut di Waktu Pagi .

Gunung baling merupakan gunung batu kapur termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops.

Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Dengan ketinggian 546 meter dari paras laut, Gunung Baling terdapat banyak Gua - Gua batu Kapur untuk di terokai Pendakian gunung Baling sememangnya menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan dengan cabaran pendakian serta pemandangn 360 darjah yang yang menarik.

Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Di ketinggian 546 meter pendaki dapat menikmati pemandangan indah saat keluarnya matahari pagi serta pemandangan memukau awan menyelubungi bahagian bahagian gunung yang dapat dinikmati seawal pagi di puncak gunung.

-->