Pendakian Gunung Baling
Nikmati Permandangan Memukau Saat Naiknya Matahari dan Keunikan Awan Selimut di Waktu Pagi.
Gunung baling merupakan gunung batu kapur termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops.
Laluan mendaki boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Dengan ketinggian 546 meter dari paras laut, Gunung Baling terdapat banyak Gua - Gua batu Kapur untuk di terokai Pendakian gunung Baling sememangnya menjanjikan pengalaman yang sukar dilupakan dengan cabaran pendakian serta pemandangn 360 darjah yang yang menarik.
Peringkat pertama laluan hutan sederhana yang bertanah di mana disini trek pendakian akan terus mendaki bukit agak mencabar. Kedua laluan hutan sederhana yang berbatu, dan ketiga laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.
Di ketinggian 546 meter pendaki dapat menikmati pemandangan indah saat keluarnya matahari pagi serta pemandangan memukau awan menyelubungi bahagian bahagian gunung yang dapat dinikmati seawal pagi di puncak gunung.
Maklumat Pendakian Gunung Baling
Maklumat Pendakian | ||
Waktu Operasi | : | Setiap Hari |
Masa Pendakian | : | Sabtu hingga Khamis 8:00 pagi hingga 10:00 pagi |
Jangkamasa Pendakian | : | 1 jam 30 minit |
Bayaran Pendakian | : | RM 10.00 (Warganegara Malaysia) RM 30.00 (Bukan Warganegara) (Bayaran merangkumi Permit, Sijil, Parkir, Kemudahan Tandas dan Bilik Mandi.) |
Bayaran Penunjuk Arah | : | 1-10 Orang (RM 100.00 hingga RM 150.00) |
Terhad kepada 150 orang dalam satu masa. Sekiranya cuaca hujan, Pendakian akan ditutup serta merta. Digalakan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakan slot pendakian penuh. Tiada pendakian pada waktu petang (sunset). Pendakian ditutup selepas jam 10 pagi. Pastikan setiap kumpulan pendaki mempunyai penunjuk arah. |
Prosedur untuk permohonan mendaki Gunung Baling di awal pagi. | |
1. | Permohonan secara bersurat atau emel (mdbaling@mdbaling.gov.my) ke pihak Majlis Daerah Baling selewatnya 3 minggu awal. |
2. | Minimum pendaki adalah 30 orang ke atas. |
3. | Keputusan dan kelulusan akan dimaklumkan melalui aplikasi Whatsapp. |
4. | Setiap pendakian yang diluluskan akan menerima surat atau emel, dan hendaklah membawa surat itu pada hari mendaki. |
5. | Persediaan pendaki adalah dibawah tanggungjawab pemohon. |
6. | Setiap permohonan hendaklah bersama penunjuk arah yang bertauliah. |
7. | Pihak Majlis Daerah Baling juga menyediakan petunjuk arah yang bertauliah bagi kumpulan atau program Jabatan. |