Masyarakat Orang Asli Kensiu di Baling

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Iskandar Carey (1970), berdasarkan lawatan ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Lalang sekitar tahun 1968 dan 1969, puak Kensiu ini telah mempunyai penempatan sendiri. Walaupun dari sejarah asal mengatakan bahawa orang asli hidup secara normal iaitu berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat. Puak ini dikatakan mempunyai bilangan ahli yang paling sedikit di kalangan puak orang asli. Mereka juga dikatakan sebagai puak yang tertua sekali. Pada asasnya puak Kensiu ini dikatakan mempunyai pertalian keluarga di Kampung Rai, Yala, Thailand. Manakala berdasarkan maklumat lisan, masyarakat Kensiu ini berasal dari Kuala Kedau dan Ulu Legong. Semasa kemasukkan Jepun ke Tanah Melayu sekitar tahun 1941 dan 1942, puak Kensiu ini telah melarikan diri ke merata tempat di daerah Baling. Di antara yang dituju ialah ke Parit Panjang, Kampung Bendang Man di Sik, Kampung Sg. Celak dan Kampung Tiak di Kupang, Baling. Pada masa sekarang, penempatan yang dibina oleh kerajaan iaitu di Perkampungan Orang Asli Kampung Lubuk Legong telah mengupulkan ahli puak tersebut di satu tempat. Puak Kensiu ini telah menetap di sini sememjak 1957 di lot No. 3623 yang telah ditawarkan pada tahun 1958 sebagai Rezab Orang Asli iaitu dengan keluasan tanah sebanyak 428 ekar.