Selamat Datang

Selamat melayari Laman Web Pelancongan Daerah Baling.

Daerah Baling merupakan daerah terbesar di negeri kedah. Daerah baling terkenal dengan pelbagai sejarah kemerdekaan negara dan tempat - tempat rekreasi semulajadi yang begitu menarik. Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara,Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut. Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi. Dengan keluasan tersebut Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di Negeri Kedah.

Terdapat dua teori mengenai asal usul nama Baling. Teori Pertama: Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Teori Kedua: Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam(Thai) dan orang Burma(Myanmar) yang datang ke daerah ini kira-kira 200 tahun dahulu. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak di sini mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".